Bijaks.com

Tentang Bijaks

Bijaks ialah platform kuiz online dan pembelajaran untuk keluarga Malaysia — satu tempat untuk kuiz interaktif, bahan belajar dan video pengajaran, dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

Kenapa Bijaks dibina

Ramai ibu bapa menghadapi cabaran yang sama: anak lebih tertarik kepada gajet daripada buku, bahan belajar bersepah di merata tempat, dan kemajuan anak hanya diketahui apabila keputusan peperiksaan keluar.

Bijaks dibina untuk menyelesaikan masalah itu. Kami menggabungkan bahan belajar, kuiz interaktif dan video pengajaran EduHub dalam satu akaun keluarga, supaya masa skrin anak menjadi masa belajar — dan ibu bapa nampak perkembangannya dari hari ke hari.

Apa yang ada di Bijaks

  • Kuiz interaktif — soalan mengikut bab dengan maklum balas segera dan penjelasan jawapan, sesuai untuk persediaan exam.
  • Bahan belajar — nota dan latihan mengikut darjah dan tingkatan.
  • EduHub — video pengajaran ringkas yang disusun mengikut subjek dan bab.
  • Satu akaun untuk seisi keluarga — sehingga 3 profil anak, setiap satu dengan kemajuan, XP dan lencana sendiri.

Pegangan kami

Ikut silibus sekolah

Kandungan disusun mengikut darjah, tingkatan, subjek dan bab, selaras KSSR dan KSSM — supaya apa yang anak belajar di Bijaks sama dengan apa yang diajar di kelas.

Belajar yang menyeronokkan

Kuiz interaktif, game, XP, streak dan lencana menjadikan ulang kaji sesuatu yang anak sendiri mahu buat, bukan dipaksa.

Ibu bapa sentiasa tahu

Laporan kemajuan menunjukkan skor, masa belajar dan topik yang perlu diulang kaji, jadi ibu bapa boleh membantu lebih awal.

Mampu milik

Bayar sekali sahaja, tanpa yuran bulanan, dan banyak kuiz boleh dicuba secara percuma tanpa log masuk.

Hubungi kami

Ada soalan, cadangan atau maklum balas? Kami sedia mendengar di support@bijaks.com, atau lihat halaman Hubungi Kami.

Cuba Bijaks hari ini

Daftar akaun percuma dan mulakan dengan kuiz interaktif pertama anak anda.

Daftar Percuma